Kata Wahab bin Munabbih: “Ada seoarang raja yang hendak pergi menjelajah ke sebuah tempat, lalu raja itu meminta pakaian yang cantik-cantik, walaupun banyak pakaian yang telah dicubanya namun dia tidak juga merasa puas hatinya. Akhirnya dia memakai pakaian yang paling baik sekali.”
Kata Wahab lagi: “Begitu juga dengan kenderaan yag hendak dinaikinya, banyaklah kenderaan yang di cubanya sehingga sesuai dengan kehendaknya. Setelah raja itu berpuas hati dengan keinginannya lalu datanglah Iblis menghembuskan dalam lubang hidung raja itu dengan sekali hembus, maka pada masa itu raja itu menjadi orang yang cukup sombong.”
Wahab meneruskan ceritanya: “Selepas itu datang seorang lelaki memberi salam, tetapi oleh kerana terlalu sombong raja itu tidak mahu menjawab salam lelaki tersebut. Lalu lelaki tersebut memegang tali kuda yang dinaiki oleh raja itu.”
Oleh kerana lelaki itu memegang tali kuda raja itu maka marahlah raja itu dengan berkata: “Lepaskan tali kuda ini, engkau telah melampau.”
Lelaki itu berkata: “Aku ada keperluan hendakku sampaikan kepadamu sekarang.”
Raja berkata: “Sabar, biar aku turun dalu dari kuda ini dahulu.”
Lelaki itu berkata: “Tidak, aku hendak sampaikan berita itu sekarang juga.”
Lelaki itu terap berkeras sehingga raja itu mengalah dan berkata kepadanya: “Katakan apakah keperluan yang engkau hendak.” Lalu lelaki itu berkata: “Ini adalah rahsia.”
Oleh kerana ada rahsia yang hendak disampaikan maka raja itu pun mendekatkan telinganya kepada lelaki itu dan lelaki itu berbisik: “Sebenarnya aku ini ialah malaikat maut.”
Apabila mendengar sahaja kata-kata lelaki itu maka gementarlah seluruh anggota raja itu dan dia berkata: “Wahai malaikat maut, tinggalkanlah aku buat seketika kerana aku hendak kembali kepada keluargaku dan aku berjanji akan kembali semula.”
Kata malaikat maut: “Tidak! Demi Allah, engkau tidak akan dapat melihat keluarga mu dan kelengkapan perjalananmu buat selama-lamanya.”
Setelah berkata demikian maka malaikat maut pun mengambil nyawa raja itu dari kudanya bagaikan kayu yang pecah. Malaikat maut pun berlalu meninggalkan tempat itu.
Perbezaan orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman adalah sangat jauh, kalau orang yang tidak beriman maka matinya dalam penyesalan dan bagi orang yang beriaman apabila datang malaikat maut dia akan menanti dengan ketenangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan