Tsauban r.a. berkata: “ Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: ‘Sesunguhnya Allah s.w.t. telah memperlihatkan kepadaku (peta) bumi scara keseluruhan, aku dapat melihat bumi sebelah Timur dan Barat. Sesungguhnya kekuasaan diperlihatkan oleh Allah s.w.t. kepadaku.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Kepadaku telah diberikan dua macam perbendaharaan iaitu merah dan putih. Aku memohon kepada Allah s.w.t. untuk membantu umatku supaya mereka ridak dibinasakan dengan musim susah oleh mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka itu menjadi hancur luluh.
Lalu Allah s.w.t. berfirman: “Ya Muhammad, apabila Aku telah memutuskan suatu perutusan maka putusanKu tidak dapat diubah lagi. Aku perkenankan doamu untuk umatmu, bahawa mereka tidak akan binasa dengan musim susah yang panjang. Dan Aku tidak akan menjajahkan kepada mereka kekuatan mereka hancur luluh, sekalipun musuh-mush mereka bersatu mengelilingi, melainkan sebahagian mereka membinasakan yang sebahagian dan mereka saling tawan-menawan.”
Hadis ini sudah cukup kukuh untuk kita fikirkan kenapa negara Islam berperang sesame sendiri, kerana Iraq mengerang Iran dan Iran menyerang Iraq . Kenapa Iraq menyerang Kuwait dan kenapa Arab Saudi, Mesir ,Syria , Turki dan orang-orang kafir menyerang Iraq .
Kalau orang Islam tidak menyerang antara satu sama lain, bukankah yang akan bermegah adalah orang Islam sendiri. Bukankah apabila berlaku peperangan sesama Islam yang rugi ialah orang Islam sendiri.
Islam tidak menyuruh membunuh sesama Islam. Islam menyuruh supaya orang-orang Islam bersatu dan menjadi sebuah negara contoh dan teladan pada negara bukan islam. Sekiranya orang-orang Islam dapat menjadi negara contoh yang berdasarkan kepada cara pemerintahan Rasulullah s.a.w. maka insyaAllah suatu hari nanti seluruh dunia akan menjadi negara Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan