29 Oktober 2010

Kenalkah Anda Dengan Zainab r.a??

Ummul Mukminin, Zainab r.a adalah sepupu Rasulullah S.A.W. Beliau telah memeluk Islam di awal perkambangan agama itu.. Beliau telah berkahwin dengan Zard, seorang hamba yang telah dimerdekakan oleh Rasulullah S.A.W., Zard kemudiannya telah diambil oleh Rasulullah S.A.W sebagai anak angkatnya, dan beliau telah dikenali sebagai Zaid bin Muhammad. Dia sepanjang perkahwinan beliau dengan Zainab, dia tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan Zainab dan akhirnya mereka bercerai.

Menurut adat istiadat sebelum kedatangan Islam, seorang anak angkat dianggap sebagai anak sendiri. Dengan itu seseorangnjanda ata isteri yang telah diceraikan tidak boleh berkahwin dengan bapa angkatnya.

Rasulullah S.A.W. berhasrat hendak membasmikan adat yang tidak beralasan ini dan baginda telah memberitahu Zainab mengenai cadangannya untuk berkahwin. Apabila Zainab r.a tel;ah menerima cadangan itu beliau pun berkata “Biarlah aku emihan nasihat dari Allah.”

Beliau kemudiannya mengambil wudhu lantas mendirikan sembahyang. Tindakannya itu telah benar-benar dirahmati Allah dengan itu Allah mewahyukan kepada Rasulullah S.A.W.

“Maka tatkala Zaid telah mengakhiri keperluan tehadap isterinya (menceraikan ), kami kahwinkan kamu dengan dia supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk ( mengahwini) isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak mereka itu telah menyelesaikan keperluan daripada isterinya. Dan ketetapan Allah itu pasti terjadi”.

Apabila Zainab r.a. telah dikhabarkan mengenai berita yang gembira itu yang mana Allah telah mengizinkan perkahwinannya dengan Rasulullah S.A.W. dab telahy mewahyiukan sepotong ayat, maka beliau talah memberi segala berang-barang permata yang dipakainya kepada orang-orang yang mengkhabarkan beriya tersebut kerana beliau benar-benar puas hati dengan keputusan itu.

Zainab r.a. adalah seorang perempuan yang soleh. Beliau seringkalu berpuasa dan rajin mengerjakan sembahyang. Beliau mencari nafkah dengan usahanya sendiri dan segala  yang diperolehi dibelanjakan pada jalan Allah.

Pada ketika Rasulullah S.A.W. hampir-hampir wafat isteri-isteri baginda telah bertanya kepadanya: “Siapakah di antara kami yang akan menyusuli engkau dahulu?”. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Salah seorang dari kamu yang mempunyai tangan yang panjang.”

Lantas mereka pun mengukur tangan di kalangan mereka dengan sebatang tongkat. Walau bagaimana pun akhirnya dapati tangan panjang yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W itu adalah perbelanjaan yag sebegitu mewah dengan hati yang ikhlas.


Dari itu Zainablah yang pertama kembali menyusuli Rasulullah S.A.W.

Berzah r.a. meriwayatkan “Umar r.a. telah memutuskan untuk membayar wang sagu hati ( elaun tahunan kepada Ummatul Mukminin dari baitulmal. Beliau telah menghantar sebanyak 12,000 dirham kepada Zainab r.a. dengan perantaraan sebagai bahagiannya itu adalah untuk mereka semua dan berkata kepadaku, “Sepatutnya Umar telah menyuruh salah seorang di kalangan beliau membahagikan wang ini”. Aku berkata, “Ini adalah merupakan pembahagian tahunan untukmu seorang “. Kemudian beliau telah menyarakan supaya dicampakkan wang itu di penjuru di dalam bilik dan menutupinya dengan sehelai kain. Setelah itu menyebut nama-nama beberapa orang miskin, janda-janda dan sanak saudaranya dan telah menyutuh aku membahagikan sejumlah kecil kepada setiap mereka itu.

Setelah membahagi-bahagikan sebagaimana yang dikehendaki oleh beliau, baki wang itu masih berada di bawah tutupan kain itu. Aku telah diselubungi dengan perasaan yang ingin memperolehi sesuatu untuk milik sendiri. Beliau telah berkata : “Ambillah untukmu yang selebihnya”. Aku telah menghitung wang tersebut dan mendapati jumlahnya adalah lapan dirham. Kemudian beliau telah menadah kedua-dua tangannya seraya berdoa dengan berkata: “ Ya Allah! Jauhkanlah wang ini dariku kerana ia akan menyebabkan godaan kepadaku.”

Apabila Umar r.a. menyedari apa yang telah beliau lakukan terhadap wang itu, lalu beliau telah menghantar kepada Zainab r.a. 1,000 dirham lagi untuk keperluannya sendiri tetapi itu pun telah dibelanjakannya dengan sekelip mata sahaja.

Sungguhpun pada ketika itu merupakan bahagian yang terakhir dari hayatnya di mana orang-orang Islam ketika itu sedang menguasai kawasan demi kawasan dan harta kekayaan sedang melimpah di dalam kota Madinah, namun begitu beliau tidaklah meninggalkan wang ataupun sesuatu harta kekayaan yang lain sesudahnya kecuali hanya sebuah rumah untuk didiaminya. Beliau telah dikenali sebagai Mawa-al-Masakin ( tempat perlindungan dikalangan orang-orang miskin ) kerana perbelanjaannya yang begitu mewah sebaga dermawan dan bermurah hati.

Seorang wanita meriwayatkan: “Aku dan Zainab r.a. sedang mewarnakan pakaian kami dengan warna kuning tua. Rasulullah S.A.W. telah masuk ke dalam, sejurus kemudian baginda keluar semula apabila melihat kami sedang sibuk dengan pencelupan itu. Zainab r.a. telah terasa kemungkinan Rasulullah S.A.W. tidak suka dengan pencelupan kami disebabkan oleh warna itu. Beliau lantas mencuci kesemua pakaiannya yang dicelupi itu sehingga menyebabkan warna itu luntur.”

Setiap kali sudah mengetahui mengenai kasih dan kesukaan para wanita kepada wang dan warna-warna. Tetapi lihatlah perawakan yang dimiliki oleh para wanita ini yang mana mereka dan bersedia melenyapkan mana-mana warna walaupun Rasulullah S.A.W. tidak melarangnya, tetapi baginda hanya tidak berkenan saja.

Zainab r.a. meninggal dunia pada tahun 10 hijrah ketika umurnya 50 tahun dan orang yang mengimamkan solat jenazahnya adalah Umar r.a.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan