07 Jun 2014

Khasiat Daun Senna

Buang lemak & cuci usus



Pokok daun Senna.

Merupakan sejenis tumbuhan herba renek yang cepat membesar. Ia boleh mencapai ketinggian sekitar 1 meter. Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu yang lurus dan bercabang. Daunnya bula tersusun secara berpasangan pada tangkai daun dan berwarna hijau pucat. Ia merupakan tumbuhan renek dari jenis semusim. Mula mengeluarkan bunga selepas lebih kurang 40 hari di tanam dan bunga ini akan kembang sepenuhnya selepas lebih kurang dua bulan. Berasal dari negara Yaman diselatan Arab, kini tumbuhan ini banyak ditanam secara komersial untuk kegunaan farmakologi di bahagian selatan India terutamanya daerah Tamil Nadu dan Gujerat.





Daun Senna yg telah dikeringkan.

Bahagian yang digunakan dalam perubatan ialah daun, biji dan kulit biji (podnya). Senna telah digunakan dalam perubatan sebagai pelawas sejak turun temurun. Senna merupakan tumbuhan yang bersifat panas dan kering. Ia digunakan untuk merawat penyakit seperti penyakit kulit, sembelit, kecacingan,anemia, thypoid, kolera,bronkitis,batuk, athritis dan penyakit kuning.


1 Paket +- 50GM = RM30.00 
Daun atau serbuk
Siap POS (WM)Berminat Hubungi Tel: 013-9784773 - RAZAK BIN YUSOF 
Maybank:1630 1949 7433

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Subscribe via email

http://interaksidenganallah.blogspot.com/ http://www.rukyahsyariah.com/ http://www.rawatanislam2u.com/ http://tolahah.com/ http://www.iptaf.net/