07 Jun 2014

CEKUR





HERBA LEPAS BERSALIN

KHASIAT CEKUR

Nama Botani : Kaempferia galanga
Famili : Zingiberaceae (keluarga halia)

Cekur nie  merupakan tumbuhan dalam famili halia iaitu zingiberaceae. Pokok cekur terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur dan bunganya berwarna putih keunguan. Cekur boleh membiak melalui isinya @ rizom. Tempoh matang rizom cekur adalah diantara 8 hingga 10 bulan selepas ditanam.

nie la rupa cekur yang dah matang.. 
Rizom atau umbisi cekur mempunyai aroma yang agak lembut, Rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian minyak yang lain. Antara khasiat cekur nie adalah seperti berikut :

1.  Tonik lepas bersalin, bagi mengecutkan rahim.
 2.  Menyembuhkan kembung perut,
3.  Melegakan perut memulas 
4.  Mengurangkan bengkak.
5.  Melancarkan Haid. 
6.  Melegakan batuk.
7.  Sakit urat saraf
8.  Senak perut 
9.  Buang angin
10.Sakit sendi. 
11.Muntah

Biasanya orang ambik isi/rizom dia buat ubat.. 

Daun cekur muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan. Orang jawa kat malaysia nie gunakan rizom cekur untuk buat kuih tempeyek, Orang melayu dulu-dulu gunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk ubati malaria. Kat indonesia cekur digunakan oleh wanita lepas bersalin untuk panaskan bahagian perut, bengkak dan kebas otot. 

Orang filipina guna rizom cekur untuk menyembuhkan sakit selesema dengan cara menghidu rizomnya. 
Air rizom cekur juga digunakan untuk menyembuhkan luka dalam perut dan sebagai ramuan dalam tonik.




Ini la rupa rizom atau isi cekur..Banyak khasiatnyer.

1 Paket Isi Cekur Kering +- 100GM = RM20.00 Siap POS (WM)
Berminat Hubungi Tel: 013-9784773 - RAZAK BIN YUSOF
 A/C Maybank:1630 1949 7433


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Subscribe via email

http://interaksidenganallah.blogspot.com/ http://www.rukyahsyariah.com/ http://www.rawatanislam2u.com/ http://tolahah.com/ http://www.iptaf.net/