19 Jun 2015

Sepang Kederang & Buah Manja Kani


UBAT LUKA DALAMAN 

Merapatkan kembali bahagian Wanita lepas Bersalin


Khasiat Sepang Kederang dan Buah Manjakani Untuk Ibu Berpantang
                         
·                     Baik untuk Ibu yang bersalin normal mahupun bedah untuk merawat luka dalam dan luaran.
·                     Juga Baik diamalkan oleh ibu yang keguguran untuk merawat luka dalaman.
·                     Tidak pahit dan boleh diamalkan selepas berpantang dan di bawa seperti air masak kemana - mana kerana ia tidak perlu di panaskan ketika hendak minum dan tidak cepat busuk.
·                     Menyusutkan bengkak luka bedah dan cepat kering.
·                     Buah manjakani yang mempercepatkan pengecutan rahim.
·                     Penawar keputihan, mengeratkan hubungan suami isteri, memebaiki tisu rosak selepas bersalin,kurangkan lelehan mukus,menstabilkan hormon,melancarkan darah,melawaskan buang air besar,memebri tenaga.
·                     Digunakan oleh orang terdahulu untuk disiram ke tempat jahit akibat bersalin untuk mempercepatkan sembuh luka.
·                     Tannin pada manjakani amat mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar, lemah atau kendur.
·                     Membantu tubuh menjadi segar dan bermaya.
·                     Boleh di ambil ketika menyusukan Bayi.




Apa Itu Sepang Kederang dan Buah Manjakani?

Air sepang berwarna merah dan kederang berwarna kuning dan apabila kedua-dua direbus air rebusan berwarna jingga. Ia tidak pahit dan boleh di minum ketika menyusukan bayi.
Ia digunakan dalam masyarakat melayu terutamanya untuk rawatan selepas bersalin. Ia digunakan untuk mempercepatkan penyembuhan luka dalaman akibat proses bersalin terutamanya masyarakat di  pendalaman. Kayu sepang direbus bersama air hingga mendidih dan diminum setiap pagi semasa pantang.Selain untuk menyembuhkan luka ia juga berperanan melancarkan kitar haid selepas bersalin.Ia juga digunakan untuk mengurangkan bengkak dan lebam.Ia boleh juga digunakan untuk mengubati jangkitan kulit seperti gatal-gatal. Air rebusan sepang juga digunakan untuk basuhan vagina untuk mengubati penyakit seperti keputihan.Wanita hamil tidak digalakkan menggunakan persediaan herba ini.

Buah Manjakani pula berfungsi untuk menyembuhkan sistem peranakkan ibu selepas bersalin, ia juga dapat merawat luka dalamam dan luaran lepas bersalin, penawar keputihan, mengeratkan hubungan suami isteri, memebaiki tisu rosak selepas bersalin,kurangkan lelehan mukus,menstabilkan hormon,melancarkan darah,melawaskan buang air besar,memebri tenaga.



 Cara Mengunakan Pek Sepang Kederang & Buah Manjakani 

·                    periuk dengan air putih sebanyak 1 1/2 liter dan panaskan di atas api yang sederhana.
·                    Masukkan 1/4 pek herba tersebut kedalam air yang baru di panaskan tadi (jangan tunggu mendidih baru masuk)
·                    Jangan masuk lebih buah manjakani, ianya bagus, cuma takut terlalu pahit dan susu anda juga akan jadi pahit, oleh itu, masukkan 1 biji sahaja.
·                    Boleh Ditambah Halia jika mahu.
·                    biarkan kira - kira 1/2 jam untuk mendapatkan warna jingga.
·                    Selepas suam2 anda boleh minum pada setiap masa, jika anda minum air ini, anda tidak perlu minum air putih, jadikan ia amalan untuk di minum setiap kali anda haus.
·                    Selepas habis air, anda boleh gunakan semula kayu tadi dengan manjani yang sama atau anda bolehlah guna yang baru.

 


Tidak perlu panaskan setiap kali hendak minum, kerana ia tidak basi atau busuk untuk tempoh seminggu.

Air Rebusan juga boleh digunakan untuk menyiram tempat sulit yg luka selepas bersalin untuk mempercepatkan sembuh luka.

 

Untuk membuat pembelian
Campuran sepang kederang & manja Kani
1-Pek Harga :RM30.00=50gm -Termasuk Pos
Tel : 013-9784773 - Razak Bin Yusof
Maybank:1630 1949 7433


26 November 2014

Stevia


MENURUNKAN GULA DARAH


Daun Ajaib Stevia

Ia mula digunakan kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun lalu sebagai pemanis teh herba dan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Di Eropah, kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari pada kurun ke-16 dan ia kemudian dibawa ke Asia. Kajian mengenai tumbuhan ini dimulakan pada awal kurun ke-19 apabila pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat.

Pakar botani Paraguay, Moises S Bertoni banyak menulis mengenai tumbuhan ini sehingga ramai yang tahu keunikan dan kelebihannya,

Uniknya, stevia adalah pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 kali lebih manis daripada gula biasa. Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid.

Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi kesan terhadap kesuburan, namun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan stevia.

Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif atau tambahan untuk pesakit darah tinggi.

Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid dalam stevia mendapati steviol tidak menghasilkan glukos, bermakna ia baik untuk pengidap diabetes.

Pengkaji Denmark mendapati hipoglisemik in vitro yang dilakukan steviosid dan steviol berupaya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi ejen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.


Ada pendapat menyatakan stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung dan berfungsi menstabilkan tekanan darah serta degupan jantung.

Kini, berjuta-juta orang di Brazil dan Jepun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu.

Penduduk Jepun adalah pengguna paling besar menggunakan stevia untuk memaniskan hampir semua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat.

Malah, dilaporkan syarikat pengeluar minuman seperti Coca Cola menggunakan ekstrak stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan sakarin untuk produk mereka yang dipasarkan di Jepun, Brazil dan Kanada.

Di Amerika Syarikat, stevia menjadi bahan larangan yang tidak boleh digunakan terhadap produk makanan. Ini mungkin kerana monopoli pengeluar pemanis tanpa kalori sintetik yang terdapat di sana.

INFO: Stevia
• Tanah kompos, tanah campuran bukan tanah liat yang menakung air
• Stevia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi serta perlu disiram dua kali sehari dalam cuaca panas.
• Pokok ini akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.
• Dos yang biasa digunakan dan dicadangkan untuk penggunaan stevia ini ialah 1/4 sudu makan. Daunnya yang dihancurkan digunakan untuk menggantikan 1 sudu makan gula biasa.

Nama Tempatan: Stevia
Nama Saintifik: Stevia rebaudiana

Nama Lain: Teh manis, sweet leaf of Paraguay, caa-he-éé, kaa jheéé, ca-a-jhei, ca-a-yupi, azucacaa, eira-caa,

Sinonim: Eupatorium rebaudianum capim doce, erva doce, sweet-herb, honey yerba, honeyleaf, yaa waan, candy leaf, sugarleaf.

Famili: Astereacea
Asal: Paraguay
      
Antara ciri-ciri stevia ialah:
Pemanis semula jadi
Menurunkan kadar gula dalam darah    
Melawaskan kencing
Menurunkan tekanan darah
Membunuh bakteria
Membunuh kulat   
Membunuh virus
Mengurangkan keradangan
Membantu menurunkan berat badan.

Daun Stevia Kering

Berat +- 70gm = RM30.00 + Pos

Untuk membuat pembelian 

Tel : 013-9784773

Maybank:1630 1949 7433

Razak Bin Yusof


07 Jun 2014

CEKUR





HERBA LEPAS BERSALIN

KHASIAT CEKUR

Nama Botani : Kaempferia galanga
Famili : Zingiberaceae (keluarga halia)

Cekur nie  merupakan tumbuhan dalam famili halia iaitu zingiberaceae. Pokok cekur terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur dan bunganya berwarna putih keunguan. Cekur boleh membiak melalui isinya @ rizom. Tempoh matang rizom cekur adalah diantara 8 hingga 10 bulan selepas ditanam.

nie la rupa cekur yang dah matang.. 
Rizom atau umbisi cekur mempunyai aroma yang agak lembut, Rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian minyak yang lain. Antara khasiat cekur nie adalah seperti berikut :

1.  Tonik lepas bersalin, bagi mengecutkan rahim.
 2.  Menyembuhkan kembung perut,
3.  Melegakan perut memulas 
4.  Mengurangkan bengkak.
5.  Melancarkan Haid. 
6.  Melegakan batuk.
7.  Sakit urat saraf
8.  Senak perut 
9.  Buang angin
10.Sakit sendi. 
11.Muntah

Biasanya orang ambik isi/rizom dia buat ubat.. 

Daun cekur muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan. Orang jawa kat malaysia nie gunakan rizom cekur untuk buat kuih tempeyek, Orang melayu dulu-dulu gunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk ubati malaria. Kat indonesia cekur digunakan oleh wanita lepas bersalin untuk panaskan bahagian perut, bengkak dan kebas otot. 

Orang filipina guna rizom cekur untuk menyembuhkan sakit selesema dengan cara menghidu rizomnya. 
Air rizom cekur juga digunakan untuk menyembuhkan luka dalam perut dan sebagai ramuan dalam tonik.




Ini la rupa rizom atau isi cekur..Banyak khasiatnyer.

1 Paket Isi Cekur Kering +- 100GM = RM20.00 Siap POS (WM)
Berminat Hubungi Tel: 013-9784773 - RAZAK BIN YUSOF
 A/C Maybank:1630 1949 7433


Khasiat Daun Senna

Buang lemak & cuci usus



Pokok daun Senna.

Merupakan sejenis tumbuhan herba renek yang cepat membesar. Ia boleh mencapai ketinggian sekitar 1 meter. Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu yang lurus dan bercabang. Daunnya bula tersusun secara berpasangan pada tangkai daun dan berwarna hijau pucat. Ia merupakan tumbuhan renek dari jenis semusim. Mula mengeluarkan bunga selepas lebih kurang 40 hari di tanam dan bunga ini akan kembang sepenuhnya selepas lebih kurang dua bulan. Berasal dari negara Yaman diselatan Arab, kini tumbuhan ini banyak ditanam secara komersial untuk kegunaan farmakologi di bahagian selatan India terutamanya daerah Tamil Nadu dan Gujerat.





Daun Senna yg telah dikeringkan.

Bahagian yang digunakan dalam perubatan ialah daun, biji dan kulit biji (podnya). Senna telah digunakan dalam perubatan sebagai pelawas sejak turun temurun. Senna merupakan tumbuhan yang bersifat panas dan kering. Ia digunakan untuk merawat penyakit seperti penyakit kulit, sembelit, kecacingan,anemia, thypoid, kolera,bronkitis,batuk, athritis dan penyakit kuning.


1 Paket +- 50GM = RM30.00 
Daun atau serbuk
Siap POS (WM)Berminat Hubungi Tel: 013-9784773 - RAZAK BIN YUSOF 
Maybank:1630 1949 7433

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


14 April 2014

TERAPI QURAN - RUQYAH SYARIAH & AYAT MANZIL


SESUAI UNTUK

Pesakit yang terkena sihir,pesakit yang menghidap penyakit misteri ,Kekeluargaan yang asyik dengan pergaduhan tanpa sebab & Panas Baran

Definasi Ruqyah Makna ruqyah secara terminologi adalah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit, seperti panas karena disengat binatang, kesurupan, dan yang lainnya. (Lihat An-Nihayah fi Gharibil Hadits karya Ibnul Atsir rahimahullahu 3/254)

Secara terminologi, ruqyah terkadang disebut pula dengan ‘azimah. Al-Fairuz Abadi berkata: “Yang dimaksud ‘azimah-‘azimah adalah ruqyah-ruqyah. Sedangkan ruqyah yaitu ayat-ayat Al-Qur`an yang dibacakan terhadap orang-orang yang terkena berbagai penyakit dengan mengharap kesembuhan.” (Lihat Al-Qamus Al-Muhith pada materi).

Adapun makna ruqyah secara etimologi syariat adalah doa dan bacaan-bacaan yang mengandung permintaan tolong dan perlindungan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk mencegah atau mengangkat bala/penyakit. Terkadang doa atau bacaan itu disertai dengan sebuah tiupan dari mulut ke kedua telapak tangan atau anggota tubuh orang yang meruqyah atau yang diruqyah. (Lihat transkrip ceramah Asy-Syaikh Shalih bin ‘Abdul ‘Aziz Alus-Syaikh yang berjudul Ar-Ruqa wa Ahkamuha oleh Salim Al-Jaza`iri, hal. 4)

Tentunya ruqyah yang paling utama adalah doa dan bacaan yang bersumber dari Al-Qur`an dan As-Sunnah. (Ibid, hal. 5)










Ayat-ayat Munjiyat




Ayat-ayat Syifa



Doa Abu Darda' RA





INSYA>>>ALLAH

08 Januari 2014

Serebuk Halia Bara



BUANG ANGIN DALAM BADAN


            

Khasiat Halia Bara

Halia atau zanjabil dalam bahasa arab ada disebut di dalam al-Quran. Sebagai contoh di dalam Surah Al-Insan ayat 17, firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam syurga itu, diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil.”
Ianya bagus untuk mengeluarkan angin dalam badan, muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan.

Antara khasit halia bara adalah seperti berikut:

Melembutkan perut
Membantu penghadaman makanan
Mengeluarkan angin dari dalam tubuh
Merawat kesan gatal gigitan serangga
Melegakan demam
Merawat resdung
Mengurangkan sengal-sengal sendi
Tenaga batin
Rawatan Selepas Bersalin


Halia dibuat ulam untuk tujuan membuang angin. Halia bara juga boleh direbus untuk diminum airnya bersama-sama madu (cara ini juga secara umum sahaja dan tidak dimaklumkan untuk mana-mana rawatan di atas). Wallahualam!

Dibungkus & diedarkan oleh:
 RAZAK BIN YUSOF
Tel: 013-9784773
Kuala Terengganu



SEREBUK HALIA BARA BERAT + 100gm
(Harga: RM30.00 + pos)-WM

Maybank:1630 1949 7433


17 September 2013

Mahkota Dewa (Phaleria macrocarpa) RAJA UBAT









Mahkota Dewa (Phaleria macrocarpa)








 MAHKOTA DEWA...

Tumbuhan dengan nama saintifiknya Phaleria macrocarpa dikenal juga dengan nama simalakama (Melayu/Sumatera), Makuto Dewo (Jawa). Tanaman ini berasal dari Papua dan sudah terkenal berkhasiat dalam mencegah dan membantu proses penyembuhan berbagai macam penyakit antara lain seperti tekanan darah tinggi, meningkatkan vitalitis bagi penderita diabetes, kanser, gout, liver, alergi, ginjal, jantung, berbagai macam penyakit kulit, mengatasi ketergantungan ubat, rheumatik, insomnia, Meningkatkan stamina dan ketahanan terhadap influenza.(selsema)

Buahnya berkhasiat menghilangkan gatal (antipruritus) dan antikanser. Tetapi bijinya adalah beracun.

Kandungan kimia daun mahkota dewa pula mengandungi antihistamin, alkoloid, saponin dan polifenol (lignan). Manakala kulit buah mahkota dewa mengandungi alkaloid, saponin dan flavonoid.

Alkaloid berfungsi sebagai detoksifikasi yang dapat meneutral racun di dalam tubuh. Polifenol, berfungsi sebagai anti-histamin (anti-alergi).

Saponin, menjadi sumber anti-bakteri dan anti-virus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan vitalitis, mengurangi kadar gula dalam darah, mengurangi penggumpalan darah.

Flavanoid, melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah, mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi penimbunan lemak pada dinding pembuluh darah,
mengurangi kadar risiko penyakit jantung koroner, mengandungi anti-inflamasi (anti-radang), berfungsi sebagai anti-oksidan, membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan.

Kaedah Menggunakan Mahkota Dewa

a. Teknik Rebusan

Rebus 20 keping hirisan buah mahkota dewa kering dengan tiga gelas air sampai mendidih, Kemudian tunggu sejuk, supaya semua ekstrat yang terkandung di dalam hirisan buah yang telah direbus keluar. Warna air rebusan seeloknya akan berwarna merah . Jika berwarna agak kekuningan atau lebih pucat, itu menunjukkan kandungan air adalah berlebihan, tetapi ia masih boleh diguna.

Manakala untuk rebusan daun pula, rebus 3 helai daun dengan segelas air sampai mendidih, tunggu sejuk supaya warna klorofil daun melarut ke dalam air.


b. Teknik Rendam

Rendam 10 keping hirisan buah mahkota dewa kering dengan segelas air panas. Tunggu hingga sejuk, baru minum. Sisa buah rendaman boleh ditambah dengan air panas untuk rendaman seterusnya sehingga habis sari patinya.

Waktu Minum

Waktu yang paling disyorkan untuk meminum air rebusan mahkota dewa adalah sebelah malam sebelum makan.

Kekerapan Meminum

Bergantung kepada situasi peminum sendiri yang merasa bagaimana perubahan keadaan fizikal yang timbul kesan tindakbalas badan terhadap mahkota dewa. Jika kadar kehangatan yang timbul agak ketara, boleh rehat seketika selepas 3 atau 4 hari minum, rehat, 2 atau 3 hari, baru minum kembali.

Penyimpanan

Air rebusan boleh ditapis untuk disimpan sejuk di dalam peti ais untuk kegunaan seterusnya.

Penggunaan Mahkota Dewa Secara Khusus

1. Diabetes Mellitus
Pengubatan: Minum air rebusan

Cara membuat:

1. Ambil 5-6 buah mahkota dewa, iris dan cuci bersih.
2. Rebus bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tersisa 3 gelas
3. Saring air rebusan, minum 3 kali sehari (masing-masing 1 gelas)

2. Kanser dan Tumor
Pengubatan: Minum air rebusan

Cara membuat:

1. Campur 5 gram isi buah mahkota dewa kering dengan 15 gram temu putih,
10 gram sambiloto(hempedu bumi) kering dan 15 gr cakar ayam kering, cuci bersih semua bahan
2. Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tersisa 3 gelas
3. Saring air rebusan, tunggu sampai dingin dan minum 3 kali sehari masing-masing 1 gelas. Ramuan diminum 1 jam sebelum makan
3. Hepatitis
Pengubatan: Minum air rebusan

Cara membuat:

1. Campur 5 gram isi buah mahkota dewa kering dengan 15 gram pegaga, 10 gram sambiloto(hempedu bumi) kering dan 15 gram daun dewa, cuci bersih semua bahan
2. Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tersisa 3 gelas
3. Saring air rebusan, tunggu sampai dingin dan minum 3 kali sehari masing-masing 1 gelas.

4. Rheumatik dan Asam urat (gout)
Pengubatan: Minum air rebusan

Cara membuat:

1. Campur 5 gram isi buah mahkota dewa dengan 15 gram akar sidaguri, 10 gram sambiloto (hempedu bumi) kering, cuci bersih semua bahan
2. Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tersisa 3 gelas
3. Saring air rebusan, tunggu sampai dingin dan minum 3 kali sehari masing-masing 1 gelas. Ramuan diminum 1 jam sebelum makan

Kesan Sampingan

Kesan sampingan yang boleh timbul akibat meminum air rebusan buah atau daun mahkota dewa buat pertama kali adalah rasa pening kepala. Ia bergantung pada kadar kepekatan air rebusan yang dibuat. Jika teramat pekat, kadar pening kepala agak ketara. Peminum harus bersabar dan bertahan kerana selepas meminum untuk kali yang kedua atau ketiga, keadaan akan menjadi stabil.

Tindakan Yang Perlu Diambil Jika keadaan Luar Biasa

1. Minum lebih air kosong bagi tujuan untuk mencair air rebusan mahkota dewa yang telah diminum.
2. Minum susu segar
3. Minum secara sedikit demi sedikit jika proses ingin berubat mahu diteruskan juga.
4. Berhenti minum air rebusan mahkota dewa kalau rasa tak leh tahan.




Peringatan

1. Wanita mengandung ditegah daripada meminum air rebusan mahkota dewa.
2. Wanita yang menjalani rawatan barah pangkal rahim juga tidak direkomen untuk minum air rebusan kerana kesan sampingan pendarahan selain tindakbalas haba yang memanaskan badan agak berlebihan.
3. Wanita dalam pantang dan haid, kerana sifat mahkota dewa mencairkan darah boleh melambatkan kering darah.
4. Mereka yang ada masalah skurvey, gusi akan ada berlaku pendarahan. Kena sabar la...



Dibungkus & diedarkan oleh:
 
RAZAK BIN YUSOF
Tel: 013-9784773
Kuala Terengganu


(Harga: RM30.00 - siap pos)-WM
BERAT + 30gm
Maybank:1630 1949 7433