MAHKOTA DEWA...
Tumbuhan dengan nama saintifiknya Phaleria macrocarpa dikenal juga dengan nama
simalakama (Melayu/Sumatera), Makuto Dewo (Jawa). Tanaman ini berasal dari
Papua dan sudah terkenal berkhasiat dalam mencegah dan membantu proses
penyembuhan berbagai macam penyakit antara lain seperti tekanan darah tinggi,
meningkatkan vitalitis bagi penderita diabetes, kanser, gout, liver, alergi,
ginjal, jantung, berbagai macam penyakit kulit, mengatasi ketergantungan ubat,
rheumatik, insomnia, Meningkatkan stamina dan ketahanan terhadap
influenza.(selsema)
Buahnya berkhasiat menghilangkan gatal (antipruritus) dan antikanser. Tetapi
bijinya adalah beracun.
Kandungan kimia daun mahkota dewa pula mengandungi antihistamin, alkoloid,
saponin dan polifenol (lignan). Manakala kulit buah mahkota dewa mengandungi
alkaloid, saponin dan flavonoid.
Alkaloid berfungsi sebagai detoksifikasi yang dapat meneutral racun di dalam
tubuh. Polifenol, berfungsi sebagai anti-histamin (anti-alergi).
Saponin, menjadi sumber anti-bakteri dan anti-virus, meningkatkan sistem
kekebalan tubuh, meningkatkan vitalitis, mengurangi kadar gula dalam darah,
mengurangi penggumpalan darah.
Flavanoid, melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya
penyumbatan pada pembuluh darah, mengurangi kandungan kolesterol serta
mengurangi penimbunan lemak pada dinding pembuluh darah,
mengurangi kadar risiko penyakit jantung koroner, mengandungi anti-inflamasi
(anti-radang), berfungsi sebagai anti-oksidan, membantu mengurangi rasa sakit
jika terjadi pendarahan atau pembengkakan.
Kaedah Menggunakan Mahkota Dewa
a. Teknik Rebusan
Rebus 20 keping hirisan buah mahkota dewa kering dengan tiga gelas air sampai
mendidih, Kemudian tunggu sejuk, supaya semua ekstrat yang terkandung di dalam
hirisan buah yang telah direbus keluar. Warna air rebusan seeloknya akan
berwarna merah . Jika berwarna agak kekuningan atau lebih pucat, itu
menunjukkan kandungan air adalah berlebihan, tetapi ia masih boleh diguna.
Manakala untuk rebusan daun pula, rebus 3 helai daun dengan segelas air sampai
mendidih, tunggu sejuk supaya warna klorofil daun melarut ke dalam air.
b. Teknik Rendam
Rendam 10 keping hirisan buah mahkota dewa kering dengan segelas air panas.
Tunggu hingga sejuk, baru minum. Sisa buah rendaman boleh ditambah dengan air
panas untuk rendaman seterusnya sehingga habis sari patinya.
Waktu Minum
Waktu yang paling disyorkan untuk meminum air rebusan mahkota dewa adalah
sebelah malam sebelum makan.
Kekerapan Meminum
Bergantung kepada situasi peminum sendiri yang merasa bagaimana perubahan
keadaan fizikal yang timbul kesan tindakbalas badan terhadap mahkota dewa. Jika
kadar kehangatan yang timbul agak ketara, boleh rehat seketika selepas 3 atau 4
hari minum, rehat, 2 atau 3 hari, baru minum kembali.
Penyimpanan
Air rebusan boleh ditapis untuk disimpan sejuk di dalam peti ais untuk kegunaan
seterusnya.
Penggunaan Mahkota Dewa Secara Khusus
1. Diabetes Mellitus
Pengubatan: Minum air rebusan
Cara membuat:
1. Ambil 5-6 buah mahkota dewa, iris dan cuci bersih.
2. Rebus bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tersisa 3 gelas
3. Saring air rebusan, minum 3 kali sehari (masing-masing 1 gelas)
2. Kanser dan Tumor
Pengubatan: Minum air rebusan
Cara membuat:
1. Campur 5 gram isi buah mahkota dewa kering dengan 15 gram temu putih,
10 gram sambiloto(hempedu bumi) kering dan 15 gr cakar ayam kering, cuci bersih
semua bahan
2. Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tersisa 3
gelas
3. Saring air rebusan, tunggu sampai dingin dan minum 3 kali sehari
masing-masing 1 gelas. Ramuan diminum 1 jam sebelum makan
3. Hepatitis
Pengubatan: Minum air rebusan
Cara membuat:
1. Campur 5 gram isi buah mahkota dewa kering dengan 15 gram pegaga, 10 gram
sambiloto(hempedu bumi) kering dan 15 gram daun dewa, cuci bersih semua bahan
2. Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tersisa 3
gelas
3. Saring air rebusan, tunggu sampai dingin dan minum 3 kali sehari
masing-masing 1 gelas.
4. Rheumatik dan Asam urat (gout)
Pengubatan: Minum air rebusan
Cara membuat:
1. Campur 5 gram isi buah mahkota dewa dengan 15 gram akar sidaguri, 10 gram
sambiloto (hempedu bumi) kering, cuci bersih semua bahan
2. Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tersisa 3
gelas
3. Saring air rebusan, tunggu sampai dingin dan minum 3 kali sehari
masing-masing 1 gelas. Ramuan diminum 1 jam sebelum makan
Kesan Sampingan
Kesan sampingan yang boleh timbul akibat meminum air rebusan buah atau daun
mahkota dewa buat pertama kali adalah rasa pening kepala. Ia bergantung pada
kadar kepekatan air rebusan yang dibuat. Jika teramat pekat, kadar pening
kepala agak ketara. Peminum harus bersabar dan bertahan kerana selepas meminum
untuk kali yang kedua atau ketiga, keadaan akan menjadi stabil.
Tindakan Yang Perlu Diambil Jika keadaan Luar Biasa
1. Minum lebih air kosong bagi tujuan untuk mencair air rebusan mahkota dewa
yang telah diminum.
2. Minum susu segar
3. Minum secara sedikit demi sedikit jika proses ingin berubat mahu diteruskan
juga.
4. Berhenti minum air rebusan mahkota dewa kalau rasa tak leh tahan.
Peringatan
1. Wanita mengandung ditegah daripada meminum air rebusan mahkota dewa.
2. Wanita yang menjalani rawatan barah pangkal rahim juga tidak direkomen untuk
minum air rebusan kerana kesan sampingan pendarahan selain tindakbalas haba
yang memanaskan badan agak berlebihan.
3. Wanita dalam pantang dan haid, kerana sifat mahkota dewa mencairkan darah
boleh melambatkan kering darah.
4. Mereka yang ada masalah skurvey, gusi akan ada berlaku pendarahan. Kena
sabar la...
Dibungkus & diedarkan oleh:
RAZAK BIN YUSOF
Tel: 013-9784773
Kuala Terengganu
(Harga: RM30.00 - siap pos)-WM
BERAT + 30gm
Maybank:1630 1949 7433