Diterangkan dalam sebuah hadis bahawa suatu hari telah datang Jibrail A.S. menemui Rasulullah S.A.W. dengan berkata: “Wahai Muhammad, Allah S.W.T. mengirim salam dan berfirman kepadamu, adakah kamu berasa senang, kalau semua gunung-gunung ini aku jadikan emas untuk kamu dan akan bersama kamu ke mana kamu pergi?”
Apabila Rasulullah S.A.W. mendengar firman Allah S.W.T. yang dibawa oleh Jibrail A.S. maka baginda tunduk berfikir sejenak dan kemudian berkata: “Wahai Jibrail A.S., sesungguhnya dunia ini adalah rumah bagi orang yang dikumpulkan dan ditimbulkan oleh yang tidak berakal.”
Kemudian Jibrail A.S. berkata: “Wahai Muhammad, mudah-mudahan Allah menguatkan pendirianmu dengan kata-kata yang pasti.”
Siti Aisyah A.S. berkata: “Sesungguhnya kami adalah keluarga Nabi Muhammad S.A.W., pernah sebulan tidak menghidupkan api dapur untuk memasak, yangt ada ialah buah tamar dan air sahaja.”